05 agosto 2009

KARYA 1A 2009

NOR AMANIE - puisi buat mama

kau terpaksa pergi
meninggalkan amanie di buaian
antara rela dan tidak
walaupun kau lebih dari tahu
tiada yang lebih berharga
selain dakapan mesra dan susuan ibu

kali ini
kita biarkanlah perpisahan ini
satu pengorbanan yang perlu
kerana hidup ini akan bererti
bila kita tiba tiba merasa kehilangan
dan diperlukan

HURUN AIN BT MAT HASIM - KERANA-NYA

kerana-Nya
aku dapat berdiri di bumi ini
kerana-nya
aku dapat bernafas di alam fana ini
kerana-Nya
aku mengerti apa itu kasih sayang
kerana-Nya
aku dapat mengerti apa itu
kehidupan
dan aku sebagai hamba-Nya
hanya dapat menanti saat
pemergiannku
menghiasi diriku dengan ibadah
kepada-Mu
menadah tangan memohon
keberkatan-Mu
dan mengharap akan keimananku
tetap teguh di samping-Mu, Ya ALLAH.

No hay comentarios.: